Selangor

Selangor terkenal sebagai pusat pengeluaran piuter yang terkemuka di dunia. Di samping itu, Selangor juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang menjadi kunjungan para pelancong.

The Mines Wonderland

The Mines Wonderland yang terletak di Sungai Besi merupakan satu taman tema menarik. Taman tema ini menyediakan kemudahan sukan air, amusement rides, rumah salji dan restoran-restoran yang dibina di kawasan bekas lombong. Pada waktu malam anda boleh menyaksikan perarakan terapung yang berkilauan dan pertunjukan laser dan multimedia. Acara ini merupakan tarikan yang popular bagi masyarakat perbagai peringkat umur.

Taman Pertanian Malaysia

Taman Pertanian Malaysia seluas 1 290 hektar terletak di Shah Alam. Taman yang dibuka pada tahun 1986 mempunyai himpunan taman flora, tapak pertanian, dusun, tasik-tasik, dan hutan tebal yang mewujudkan persekitaran yang menghijau, rimbun, dan menawan. Taman yang dikenali juga sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam dilengkapi juga pelbagai kemudahan bermalam dan perkhemahan serta lorong pejalan kaki yang menarik dengan persekitaran yang pasti memukau pandangan.

Pantai Morib

Pantai Morib terletak di daerah Kuala Langat. Kawasan pantainya kecil tetapi menarik. Pantai yang diteduhi oleh pokok Casuarina ini dikelilingi oleh sebuah taman kecil yang menarik. Pada hujung minggu, pelbagai gerai dibuka untuk memenuhi permintaan pengunjung-pengunjung.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar