Perlis

Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Sungguhpun begitu, negeri ini masih dapat menarik minat pelancong luar untuk melancong ke negeri tersebut.

Gua Kelam, Kaki Bukit

Gua batu kapur sepanjang 370 m ini terletak di Kaki Bukit, 26 km dari Kangar. Gua ini dinamakan Gua Kelam sempena kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubunginya. Anda perlu melalui jambatan gantung untuk sampai ke gua ini. Sungai bawah tanah sepanjang hampir 400 meter mengalir melalui gua ini manakala siar kaki kayu bergantung di sepanjang gua, mewujudkan sistem perhubungan yang luar biasa. Sistem perhubungan unik ini adalah cara terbaik bagi pelancong untuk pergi dari tempat ke tempat yang lain di dalam gua yang menakjubkan ini.

Tasik Melati

Terletak 8 km ke utara Kangar, Tasik Melati merupakan sebuah tasik cetek yang kecil dan indah. Lebih 150 buah pulau-pulau beting pasir kelihatan bertaburan di tasik ini. Pulau-pulau kecil ini boleh dihubungi dengan sampan. Siar kaki membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Tempat istirahat yang banyak juga disediakan. Tasik ini merupakan destinasi terbaik kepada mereka yang mahu beristirahat.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar