Make your own free website on Tripod.com
 

Sarawak

Sarawak terkenal dengan burung kenyalang yang jarang ditemui di negara-negara lain. Selain itu, Sungai Rajang (563 km) yang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia juga menjadi tarikan para pelancong. Tempat-tempat lain yang turut menjadi daya tarikan pelancong ialah Taman Negara, air terjun, gua-gua dan kampung-kampung bumiputera.

Kampung Budaya Sarawak

Terletak kira-kira 32 km dari Kuching. Terletak di kaki gunung Santubong, kampung ini merupakan kampung budaya yang mempamerkan jenis-jenis rumah milik pelbagai etnik orang Sarawak.

Pasar Tamu

Terletak di pusat Bandar Bintulu. Pasar yang unik ini menyediakan pelbagai jenis barang dari kawasan pedalaman Sarawak seperti makanan, ubat-ubatan, hasil kraf tangan dan banyak lagi.

Bandar Raya Kuching

Bandar Raya Kuching adalah ibu negeri Sarawak. Bandar Raya ini dilengkapi dengan kemudahan moden di samping tarikan dunia lamanya. Bangunan lama zaman kolonial dan bangunan moden berdiri sama tinggi dengan deretan kedai orang Melayu dan Cina.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar