Pahang

Terdapat lebih daripada 20 tempat pelancongan yang menarik di Pahang. Antaranya termasuklah tempat-tempat peranginan, bangunan-bangunan bersejarah, pusat kraf tangan, gua-gua semula jadi hinggalah ke pulau-pulau yang berupaya menarik perhatian ramai pelancong dari luar dan dalam negara untuk berkunjung ke Pahang.

Pulau Tioman

Pulau Tioman terletak 80 km di tenggara pantai timur Semenanjung Malaysia. Pulau ini merupakan pulau yang terbesar di antara 64 buah pulau gunung berapi yang terdapat di pantai timur Semenanjung. Menurut legenda, pulau ini asalnya daripada cerita seorang puteri naga yang menjadi sebuah pulau. Pulau yang berkeluasan 38 km panjang dan 19 km lebar ini dikatakan sebagai sebuah pulau yang tercantik di rantau ini. Ini adalah kerana pantainya berpasir putih, terumbu karang dan hidupan marin yang pelbagai, serta air lautnya yang jernih.

Tasik Chini

Tasik Chini terletak di tengah-tengah hutan dengan jarak sejauh 100 km dari Kuantan. Tasik ini terkenal dengan legenda Naga Tasik Chini, kerana kononnya tasik ini didiami oleh haiwan mistik itu. Ada juga legenda yang menceritakan terdapatnya sebuah kerajaan kuno di sini. Legenda ini telah menarik ramai pengkaji sejarah dan pelancong untuk berkunjung ke sini.

Cameron Highlands

Cameron Highlands terletak di barat laut Pahang. Kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan tanaman teh dan sayur-sayuran ini berada di Banjaran Titiwangsa di paras 1 524 m dari aras laut. Nama tempat ini diambil sempena nama William Cameron; seorang juru ukur peta kerajaan British, yang menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highlands terdiri daripada tiga buah daerah. Daerah pertama yang bakal dilalui oleh pelancong ialah Ringlet, 45 km dari Tapah. Ringlet terkenal dengan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran iklim sederhana. Selepas 13 km, di paras 300 m dari aras laut, pengunjung akan melalui pekan utama Cameron Highlands; Tanah Rata. Terdapat banyak calet, banglo,dan kotej di sini. Pemandangan di sini menyerupai suasana desa di England semasa musim bunga. 3 km selepas Tanah Rata ialah pekan Brinchang. Di sini terdapat banyak tapak semaian bunga, kebun bunga dan sayur- sayuran, dan juga kebun teh. Kunjungan ke Cameron Higlands tidak akan lengkap jika pengunjung tidak berkunjung ke Ye Olde Smokehouse.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar