Sabah

Sabah terkenal dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan juga kuda padinya. Di samping keistimewaan tersebut, terdapat pelbagai tempat menarik yang lain yang menjadi daya tarikan pelancong.

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan terletak 30 km dari Semporna di pantai timur Sabah. Pulau ini dianggap sebagai salah sebuah kawasan penyelaman terbaik di Asia Tenggara. Keindahan dunia dasar laut dan hidupan marinnya telah menarik penyelam-penyelam dari seluruh dunia untuk ke sini. Antara penyelam terkenal dunia yang pernah ke sini ialah Jacques Cousteau. Beliau dan anak kapalnya telah ke Sipadan pada tahun 1988 dan menyatakan keindahan pulau itu cuma pernah beliau temui 45 tahun yang lampau. Sipadan mempunyai sejarah geologi yang menarik. Berjuta-juta tahun dahulu, letusan gunung berapi telah membentuk kon gunung berapi setinggi 2 600 kaki dari dasar laut. Kon ini kemudiannya telah dikoloni oleh hidupan laut seperti polip-polip karang. Kolonisasi yang memakan masa berjuta-juta tahun ini membentuk terumbu karang yang kini seluas 160 hektar dengan lilitan 5.3 km.

Gunung Kinabalu

Tarikan utama di Taman Kinabalu ialah Gunung Kinabalu. Dengan ketinggian 4 095.2 m dari aras laut, Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. Taman yang terletak di Banjaran Crocker ini juga terkenal dengan Rafflesia, bunga terbesar di dunia.

Lembah Danum

Lembah Danum terletak 83 km di tenggara Lahad Datu. Kawasan perlindungan seluas 438 km persegi ini didiami pelbagai flora dan fauna yang hampir pupus antara yang istimewa ialah Orang Utan dan badak Sumatera. Hutan berusia 60 juta tahun ini mempunyai lebih daripada 275 spesies burung dan 110 spesies mamalia.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar