Perak

Perak dikenali sebagai kawasan perlombongan bijih timah yang utama di Semenanjung Malaysia. Di samping itu terdapat juga kawasan-kawasan pelancongan yang turut memikat hati pelancong untuk berkunjung.

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping yang dibina sejak tahun 1880 merupakan taman tasik rekreasi yang tertua di Malaysia. Tasik semula jadi ini mempunyai panorama yang sungguh indah.

Pasir Bogak

Pasir Bogak merupakan salah sebuah pantai terkenal di Pulau Pangkor. Pantai berbetuk bulan sabit ini digelar sebagai sebuah kolam renang yang terbesar di dunia. Terdapat juga kawasan terumbu karang yang sangat luas di sini. Pantai sepanjang 2 km ini menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti seperti belayar, memancing, menyelam, dan meluncur. Gerai-gerai terbuka yang menawarkan pelbagai makanan tempatan yang lazat seperti sotong panggang, sate dan ikan bakar juga boleh didapati di sini.

Air Terjun Lata Iskandar

Lata Iskandar terletak di pertengahan jalan antara Tapah dan Cameron Highlands. Air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya. Di samping mandi-manda dan berkelah, pengunjung yang berkunjung ke sini juga boleh merentas denai-denai hutan untuk menyaksikan keindahan fauna dan flora yang terdapat di sekitar air terjun ini. Di kawasan air terjun ini juga terdapat gerai-gerai makanan dan minuman, serta bazar-bazar yang menjual kraf tangan yang bermutu terutamanya hasil kraf tangan Orang Asli.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar