Make your own free website on Tripod.com
 

Terengganu

Terengganu terkenal dengan pantai yang indah dan santuari penyu di Rantau Abang menjadi tarikan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Di samping itu, Terengganu mempunyai tempat-tempat pelancongan lain yang turut menambat hati pelancong untuk berkunjung ke negeri tersebut.

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah terletak di muara Sungai Ibai, 4.5 km dari Kuala Terengganu. Lokasi pembinaannya menampakkan masjid tersebut seolah-olah terapung di atas permukaan air. Masjid yang unik ini dibina dengan menggabungkan seni bina moden dan Islam.

Bukit Puteri

Bukit Puteri (200 m dari aras laut) terletak berdekatan dengan Istana Maziah, Kuala Terengganu. Bukit ini pernah dijadikan kubu untuk menentang serangan musuh di antara tahun 1831 hingga 1876. Antara tinggalan sejarah yang masih berada di bukit ini ialah meriam-meriam, tiang bendera, sebuah loceng yang besar, dan kubu. Dari puncak bukit ini, pengunjung boleh melihat pemandangan sekeliling yang menakjubkan.

Hutan Lipur Sekayu

Hutan Lipur Sekayu adalah terletak di dalam kawasan Hutan Simpanan Hulu Terengganu Tambahan, daerah Hulu Terengganu, 16 km. dari pekan Kuala Berang dan 56 km. dari bandar Kuala Terengganu.Mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Ianya mula dimajukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dalam tahun 1974 dan telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Dato' Seri Amar DiRaja, Menteri Besar Terengganu pada 15 Mei 1985.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | Selangor | Negeri Sembilan
Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sarawak | Sabah

Laman Utama Penginapan Cadangan Keluar