Struggle...

25 Ogos 2001 - 12:47 am

Aku tengah mengantuk ni. Tapi rasa malas pulak nak tido. Minod tengah main game. Idham pun tengah main game. Aku pulak tah ape ke jadahnya meng-update homepage tengah-tengah malam buta nih. Mata naik pedih dah, merenung skrin komputer.

Tah ler. Setahu aku, aku sendiri tengah memikir masa depan aku. Baru-baru ni aku terjumpa homepage Sera dengan tajuk dia "Mesti Tabah". Aku memang tahu dia tabah, pasal dia satu kelas Control System dengan aku semester lepas.

Aku pun rasa aku pun mesti tabah macam dia. Aku mesti struggle untuk teruskan study aku. Aku yakin dengan diri aku. Bukan aku tak boleh. Bukan aku tak mampu. Cuma ada satu dua perkara yang selalu membuatkan aku jadi malas. Jadi lupa diri. Bukan lupa diri dalam maksud berlagak sombong, tapi lupa diri dalam maksud buat satu-satu perkara tu sampai abaikan study.

Satu contoh yang paling terbaru masa cuti mid-semester lepas. Cuti seminggu, lecturer suruh buat assignment, tapi satu pun aku tak buat. Aku buat assignment tu bila dah balik rumah sewa. Ahad malam dengan Isnin, baru terhegeh-hegeh nak buat. Hanya sebab lecturer aku sebelum cuti dah bagitau yang dia MUNGKIN akan mintak assignment tu lepas cuti.

Pasal apa aku tak buat assignment tu masa cuti? Apa aku buat? Apa lagi, aku pegi setup komputer 486 lama aku jadi Linux Samba Server. 3 hari aku buat kerja tu. Memula install Linux, lepas tu setting network card, dan last sekali setting Samba. Sengaja cari kerja, sedangkan kerja sendiri dah memang menunggu. Tak namanya mencari nahas ker?

Tah ler. Kengkadang aku sendiri tak paham dengan diri aku. Aku punya style kalau aku minat nak buat sesuatu kerja tu, aku buat la sampai siap, sampai aku puas hati. Selagi aku tak puas hati, aku tak berenti. Aku rasa bagus jugak sikap aku macam tu, tapi ada jugak keburukannya. Perkara lain aku tinggalkan. Study aku abaikan. Sedangkan study tu yang paling penting.

Aku bukannya orang bodoh. Aku berani kata aku ni pandai. Cuma aku malas jer. Malas mengasah bakat aku yang tersimpan sekian lama. Kalau aku rajin macam masa Tingkatan 3 dulu kan bagus. Dulu aku belajar kerana aku minat belajar. Aku belajar kerana aku mahu belajar. Aku jugak belajar kerana aku ada cabaran, sentiasa mencabar dan tercabar.

Tapi sekarang ni semua tu hilang, semua tu takder. Aku belajar sekarang ni kerana aku kena belajar. Aku belajar sebab aku ambik subjek tu. Aku belajar seperti terpaksa.

Dulu aku boleh pegi kelas awal pagi mengayuh basikal, lepak library lepas sekolah sampai pukul 3, balik rumah, makan, mandi, sembahyang dan kemudian pegi tuisyen pukul 3.30. Habis tuisyen pukul 4.30 aku boleh study lagi sampai pukul 6. Pukul 6 pulak aku boleh lagi main bola. Malam aku boleh lagi sambung study sampai pukul 11.

Tapi sekarang ni kenapa aku tak boleh buat macam tu? Sedangkan sekarang ni aku pegi kelas naik kereta, kelas habis pukul 12, petang takder kelas kecuali Isnin dengan Jumaat jer. Kenapa aku tak boleh buat macam dulu? Aku teringat lagi cikgu aku pernah cakap kat aku, "You are successful because you work hard". Memang aku akui dulu aku "work hard", aku usaha cukup keras, cukup kuat. Tapi kenapa sekarang aku jadi macam ni?

Tah la. Sekarang ni aku rasa sedih dengan diri aku. Aku sedih sebab aku tak mampu paksa diri aku bekerja dengan kuat. Tapi siapa yang boleh bantu aku kalau tak aku sendiri? Hmmm.. Aku mesti berubah.. aku mesti tabah.. Aku tahu ramai lagi orang lain yang lebih teruk kehidupannya dari aku. Tapi aku seperti mensia-siakan hidup aku. Aku tahu apa silap aku. Sekarang ni, apa yang perlu aku buat ialah perbetulkan sikap aku.

The struggle continues...

LAMAN UTAMA | EKPRESI | PERISIAN PERCUMA | ALTERNATIF | HAKIM CARI | GNU/LINUX | RENUNGAN | BUKU PELAWAT