Make your own free website on Tripod.com

GNU/Linux
di Malaysia

Sumber-sumber GNU/Linux di Malaysia

My-Linux - http://www.my-linux.org
PLUG - Perak Linux User Group - http://www.plug.com.my
Linux.com.my - http://www.linux.com.my

Pengalaman saya

Pada masa ini, saya telah memasang RedHat Linux 6.2 pada cakera keras (hard disk) kedua komputer saya yang bersaiz 3.2 GB. Cakera keras ini pada mulanya adalah cakera keras utama yang telah dipasang dengan Windows 98. Setelah saya membeli cakera keras yang baru bersaiz 10.2 GB, saya telah memindahkan perisian-perisian yang terdapat didalam cakera keras tersebut ke dalam cakera keras yang baru.

Cakera keras tersebut telah dijadikan sebagai "primary slave" dan proses pemasangan Redhat Linux 6.2 pun bermula. Sebelum pemasangan RedHat Linux 6.2 dibuat, saya telah mencuba untuk memasang Caldera OpenLinux 1.3 dan kemudiannya RedHat Linux 6.0. Malangnya, kedua-dua "distribution" tersebut boleh dikatakan telah lama dan tidak mampu mengenali perkakasan yang terdapat pada komputer saya.

Masalah utama yang timbul adalah di peringkat "setup" X-Window dimana perisian tersebut iaitu XFree86 tidak dapat mengesan kad video komputer saya. Ini berlaku kerana kad video komputer saya ialah SiS 620, dan ia boleh dikatakan agak baru berbanding dengan tarikh pengeluaran perisian tersebut.

Pencarian di Internet termasuklah di laman web RedHat Linux dan juga Linux.Org telah membantu saya mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Didapati bahawa XFree86 versi 3.3.6 telah menyokong kad video SiS 620 tersebut dan perisian tersebut akan dipasang ketika pemasangan RedHat Linux 6.2.

Kerana itulah saya memasang RedHat Linux 6.2 bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Pengajaran utama yang saya perolehi disini ialah, dalam dunia Linux yang sering berubah dengan pengeluaran versi baru perisian, dan dunia perkakasan yang sering dipenuhi dengan perkakasan baru, adalah lebih baik untuk memasang sistem operasi Linux yang terbaru, kerana kemungkinan untuk timbulnya masalah berkaitan perkakasan adalah minima.

Namun begitu, masalah timbul lagi...

RedHat Linux 6.2 Setup

Masalah ini bukanlah kritikal seperti masalah saya sebelum ini. Tetapi ia menyebabkan saya jadi menggelabah seketika. Oleh kerana saya pernah memasang Linux sebelum ini, maka cakera keras kedua saya itu telah di "partition" dan di "format" dengan fail sistem (system file) Linux. Kerana itu jugalah, RedHat Linux 6.2 memasang sistem operasi Linux secara automatik sepenuhnya tanpa meminta sebarang input dari saya. Pada ketika itu, saya amat risau jika Windows 98 saya akan terpadam akibat pemasangan tersebut.

Nasib baiklah RedHat Linux 6.2 tersebut boleh dikatakan "bijak" kerana memilih cakera keras kedua saya sebagai tempat pemasangan Linux. Oleh itu, tiada kesan sampingan keatas komputer saya. Windows 98 dan RedHat Linux 6.2 masih boleh beroperasi pada komputer yang sama.

Internal Modem Setup

Sebelum menggunakan Linux, saya pernah membaca beberapa artikel yang mengatakan bahawa Linux tidak menyokong penggunaan modem dalaman. Modem jenis ini melakukan pemprosesan data digital kepada analog dan sebaliknya menggunakan pemproses komputer dan juga perisian. Modem dalaman tidak mempunyai pemproses khas yang dipanggil DSP (digital signal processor) untuk memproses data. Linux tidak menyokong modem dalaman kerana syarikat yang mengeluarkan modem tersebut tidak mengeluarkan "driver" untuk modem tersebut.

Namun begitu, setelah memasang Linux, saya telah mencari maklumat-maklumat terbaru mengenai sokongan Linux terhadap modem dalaman. Saya telah menemui laman LinModems yang menyenaraikan pengeluar modem dalaman dan driver yang berkaitan. Pencarian untuk sokongan modem PCTel membawa saya ke satu laman web yang mempunyai driver yang berkenaan. Setelah memuat turun dan mengikuti arahan yang diberikan, saya berjaya menggunakan modem dalaman tersebut pada Linux.

LAMAN UTAMA | EKPRESI | PERISIAN PERCUMA | ALTERNATIF | HAKIM CARI | GNU/LINUX | RENUNGAN | BUKU PELAWAT