Pilihan
Alternatif

Dalam dunia komputer dan Internet, anda mesti sentiasa memikirkan pilihan alternatif di pasaran yang boleh menjimatkan wang anda. Jika anda boleh mendapatkannya dengan percuma atau lebih murah, mengapa perlu membayar harga yang mahal?

Fikirkan ini?Fikirkan alternatifMengapa?
Microsoft Windows 9x, ME, NT, 2000, XPLinuxLinux adalah percuma atau lebih murah berbanding Windows bergantung kepada pengedaran (distribution). Ianya percuma sekiranya di muatturun (download) dari laman web pengedar. Harga pasaran bagi versi GPL di Malaysia adalah disekitar RM 5 ke RM 20. Anda juga diberikan perisian-perisian produktiviti yang lain bersama CD Linux tersebut. Linux juga boleh ubahsuai paparan dan persekitarannya mengikut citarasa anda. Komputer Linux juga boleh dijadikan komputer pelayan (server) atau pelanggan (client) atau kedua-duanya serentak (servent)
Microsoft OfficeStarOfficeStarOffice adalah percuma. Perisian ini boleh dijalankan pada Windows dan Linux. Ia juga boleh membaca dokumen Microsoft Office, jadi tidak wujud masalah keserasian. StarOffice juga sering disertakan didalam CD Linux bergantung kepada pengedar. Abiword juga selalu disertakan bersama CD Linux yang banyak terdapat dipasaran.
Microsoft Internet ExplorerNetscape Communicator,
Opera
Netscape Communicator adalah produk yang dihasilkan daripada satu projek sumber terbuka (open source) bernama Mozilla. Ia sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Opera pula adalah satu lagi pelayar Internet percuma yang bersaiz kecil tetapi mempunyai kualiti yang setanding dengan Netscape.
Pemproses mikro IntelVIA Cyrix,
AMD
VIA Cyrix dan AMD menawarkan pemproses yang lebih murah berbanding Intel pada kelajuan pemproses yang sama. Kualiti pemproses VIA Cyrix dan AMD juga adalah setanding dengan Intel, malah kadangkala terdapat juga yang mengatasi Intel seperti siri pemproses AMD Athlon K7
Perisian komersilFreeware,
adware,
open source
Di dalam Internet terdapat terlalu banyak perisian percuma (freeware), beriklan (adware) dan juga sumber terbuka (open source) yang mempunyai fungsi dan hasil yang sama dengan perisian komersil, malah kadangkala lebih baik daripada perisian komersil. Cubalah mencari menggunakan kata kunci "freeware" didalam enjin pencari (search engine) di Internet untuk laman-laman yang menyenaraikan perisian-perisian percuma
Format audio MP3Format audio OGGFormat audio MP3 adalah antara format pemampat audio yang pertama diperkenalkan untuk memperolehi kualiti bunyi yang menghampiri kualiti CD tetapi mempunyai saiz fail yang kecil. Malangnya, format ini telah dipatenkan oleh Fraunhofer IIS dan Thomson Multimedia, syarikat yang mula-mula menghasilkan format tersebut. Dengan paten tersebut, setiap pemampat audio MP3 tidak kira sama ada komersil atau percuma perlu membayar royalti kepada mereka kerana menggunakan paten MP3 tersebut. Format audio OGG pula adalah format pemampat audio berkualiti tinggi yang percuma dan tidak dipatenkan. Kelebihan format ini ialah pada "variable bitrate compression" yang menghasilkan bunyi berkualiti tinggi pada kadar mampatan yang berlainan. Sokongan untuk format ini terbinadalam pada pemain audio Sonique dan terdapat juga "plugin" percuma untuk pemain audio WinAmp

LAMAN UTAMA | EKPRESI | PERISIAN PERCUMA | ALTERNATIF | HAKIM CARI | GNU/LINUX | RENUNGAN | BUKU PELAWAT