Taqwa assalamu'alaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh... Segala puji bagi Allah yang Maha Agung lagi Maha Tinggi mengandungi keberkatan, kelazatan, kemanisan, ketenangan dan ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama suci itu dan pernah mencintaiNya buat beberapa lama. Segara puji bagi Rasullullah s.a.w yang telah menggadaikan segala-galanya bagi kesejahteraan umatnya dan tidak lupa kepada keluarga baginda dan para sahabat beliau yang telah berjuang bermati-matian untuk turut sama mencari kerhedhaan Ilahi sehingga nama-nama mereka itu terus terpahat di dalam sejarah umat Islam. Kembali bertemu di lembaran yang mungkin memeningkan dan menyerabutkan ini bersama kalian tetapi membakar rinduku kepada kematian dan membuatkan aku semakin ingin mengenali keikhlasan dan keredhaanmu YA ILAHI, semoga aku terus berada di dalam daerah itu. Ya apabila kita memperkatakan tentang iman kita pasti akan merindui taqwa, satu martabat yang dirindui oleh setiap muslim dan pencinta syurga Ilahi, tetapi bagaimana kita dan daerah ketaqwaan itu sendiri dan kefahaman kita tentang taqwa itu, semoga dengan sedikit cebisan ungkapan ini dapat membantu kita megenali prinsip dan makna taqwa itu, Amin. "Al-Muttaqin "ini dapat dilihat pada firman Allah yang ertinya Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertaqwa Surah Ali Imran:76 Di lihat dari sudut bahasa perkataan taqwa membawa maksud "sedikit bercakap". Demikianlah keterangan yang disampaikan oleh Ibnu Faris yang di fahaminya menerusi hadis-hadis Nabi, yang antara lain hadis berikut ini: Orang yg bertaqwa ialah orang yang sedikit bercakap, dan orang yang bertaqwa melebihi orang yang mukmin dan taat. Dengan amal yang soleh dan doa yang ikhlas orang yang betaqwa dapat memelihara dirinya daripada terjerumus ke dalam siksa Allah. Abu Muhd Abd Ghaniy meriwayatkan dari Said bin Zarbi Abu Ubaidah dari Ashim bin Bahdalah dari Zirr bin Hubaisy, dari Ibnu Mas`ud, katanya: Pada suatu hari Ibnu Mas`ud berkata kepada anak saudaranya "Wahai anak saudaraku, lihatlah betapa ramainya orang itu", anak saudaranya menjawab: "Ya memang benar". Ibnu Mas`ud berkata "mereka semua tidak beroleh kebaikan melainkan orang yang bertaubat dan bertaqwa". Dia menambah: "Lihatlah betapa ramainya orang itu, anak saudaraku". "Ya memang benar" sahut anak saudaranya. Ibnu Mas`ud menimpali: "mereka tidak beroleh kebaikan kecuali orang yang alim dan penuntut ilmu..." Ketika ditanya tentang taqwa kepada Umar Al Khattab beliau menjawab: "Adakah kamu menempuh jalan yang susah?" Jawab si penyoal: "Ya, memang benar". Umar pula bertanya "Lalu bagaimanakah kamu melaluinya?" Orang itu menjawab: "Aku berusaha sedaya upaya sambil berhati-hati". "Itulah yang di maksudkan dengan taqwa" tegas Saidina Umar. ibnu al mu`taz bermadah....: dosa kecil dan besar ditinggalkan maka itu taqwa namanya buatlah bak orang lalu di jalan berduri terus berjalan tapi berhati-hati yang kecil jangan dipandang rendah gunung yang besar bermula dari batu yang kecil Perkataan taqwa juga merupakan himpunan pelbagai kebaikan. Bertaqwa adalah pesanan Allah kepada umat manusia dari dahulu hingga sekarang dan akan datang. Ini dapat dapat dilihat dalam firmanNya yang bermaksud:"Kami telah berpesan kepda orang-orang yang di beri kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu(iaitu)"bertaqwalah kepada Allah"surah an nisa`:131... Dan disini ada satu lagi bait puisi yang paling berharga bagi mereka yang sesalu melaungkan bahawa dia adalah pejuang dan jagoan...... Ibnu al-Wardah bermadah... carilah ketaqwaan... pabila hati manusia dipenuhi taqwa bermakna perjuangannya telah berjaya. pahlawan sebenar bukanlah orang yang berperang pahlawan sebenar ialah para muttaqin......... Sebelum pena di angkat dan dakwat di padam....titipan terakhir buat bakal pejuang......dan sahabat sekalian..... Ibnu Majah meriwayatkan di dalam sunannya,dari Abu Umama,bahawa Nabi S.a.w bersabda, yang ertinya...:"tiada kejayaan yang lebih berharga bagi orang yang beriman selepas taqwa kepada Allah kecuali mendapat isteri yang solehah: ia patuh jika di suruh suaminya,suaminya gembira jika memandangnya..ia menurut jika suaminya bersumpah untuk melakukan sesuatu, dan ia jaga dirinya dan dan suaminya ketika suaminya tiada di rumah........." Buat akhirnya marilah kita hayati firman Allah ini...(Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dengan taqwa yang sebenarnya dan janganlah kamu mati kecuali mati dalam islam")surah ali imran:102 Dan semoga kita semua memperolehi taqwa iaitu dengan menjadikan Allah tujuan hidup.juga dengan memperbanyakan ibadat dan menjauhai syirik serta jangan menyimpang dari hukum atau syariatNya... insyaallah kita semua berjaya dunia Akhirat...... wassalam....... perjuangan yang belum selesai......!!!! karya asal: AL- BAYAN... ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
Make your own free website on Tripod.com