Muka Hadapan Lihat dan Membalas Topik, menghantar mesej peribadi dan mengedit profil dan rujukan Pendaftaran Percuma! Kalendar Cari Ahli Lain Soalan Soalan Lazim Carian Bilik-Bilik Forum Keluar Forum  

Menu Forum : Disokong oleh vBulletin versi 2.2.2 Menu Forum > Bilik Bincang Umum > Bincang Resepi dan Petua > sehari satu resepi part 3 ...
Laman (2): [ « 1 [2] ]  
Penghantar
Topik Pos Topik Baru    Balas Mesej
sahak
Ahli Teramat Setia

Pendaftaran: Mar 2002
Lokasi: kaki bukit
Pos: 126

Talking nasik kerabu???

yummm... yummmyyy....

pakcik suke nasik kerabu!!!

Laporkan Mesej | IP: Dikunci

08-05-2002 02:53 PM
| Profil | Hantar Mesej Peribadi | | | Senarai Rakan | Ubah Mesej | Quote
intanazlynna
Ahli Amat Setia

Pendaftaran: Sep 2001
Lokasi: dalam bin.net
Pos: 551

Talking

Nasi Tomato Senang
BAHAN A
2 cawan beras
garam
air

BAHAN B
utk menumis:
1 camb. marjerin @ minyak sapi
bawang merah
bawang putih
bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis

BAHAN C
utk dikisar:
1 biji tomato sederhana besar
1 labu bawang besar
1-2 camb. susu pekat

CARA MEMBUATNYA :-
Beras di basuh bersih-bersih kemudian masukkan bahan yang dikisar kedalam beras yang telah dibersihkan tadi. Masukkan juga bahan-bahan yang telah di tumis agak garing ke dalam beras tadi. Masukkan garam secukup rasa. Barulah dimasukkan air ke dalam beras yang telah siap diadun tadi ikut lembut. Dan akhir sekali jangan lupa meng`on' kan periuk letrik anda. Kemudian hidangkan bersama-sama lauk pauk pilihan anda. Selamat mencuba resipi nasi yang mudah dan senang ini....

Laporkan Mesej | IP: Dikunci

09-05-2002 03:43 AM
| Profil | Hantar Mesej Peribadi | Email | LamanWeb intanazlynna | Senarai Rakan | Ubah Mesej | Quote
intanazlynna
Ahli Amat Setia

Pendaftaran: Sep 2001
Lokasi: dalam bin.net
Pos: 551

Talking ngap ngap....

Ayam Percik Special
Bahan2nya:

1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara2nya:

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)

Bila sudah siap bolehlah dihidangkan ayam percik special bersama kuahnya.

Ehmm.. memang enak rasanya dan inilah salah satu resepi kegemaran keluarga saya.

Laporkan Mesej | IP: Dikunci

09-05-2002 03:47 AM
| Profil | Hantar Mesej Peribadi | Email | LamanWeb intanazlynna | Senarai Rakan | Ubah Mesej | Quote
Masa sekarang adalah 02:44 PM. Pos Topik Baru    Balas Mesej
Laman (2): [ « 1 [2] ]   Topik Sebelum   Topik Terbaru
Paparkan Versi Cetakan Email Posting Ini Kpd Rakan

Menu Pilihan:
 
Kegunaan Pengendali:

Forum Disokong: vBulletin Versi 2.2.2
Hakcipta ©2000-2001 - Jelsoft Enterprises Limited.

Bincang.net Ditaja Oleh: Exa-Bytes Network
Web Hosting | Pendaftaran Domain