Make your own free website on Tripod.com

GNU Nano
Bahasa Melayu

                  :::                                              
    iLE88Dj.  :jD88888Dj:                                           
  .LGitE888D.f8GjjjL8888E;        .d8888b.  888b    888 888     888 
  iE   :8888Et.     .G8888.      d88P  Y88b 8888b   888 888     888 
  ;i    E888,        ,8888,      888    888 88888b  888 888     888 
        D888,        :8888:      888        888Y88b 888 888     888 
        D888,        :8888:      888  88888 888 Y88b888 888     888 
        D888,        :8888:      888    888 888  Y88888 888     888 
        D888,        :8888:      Y88b  d88P 888   Y8888 Y88b. .d88P 
        888W,        :8888:       "Y8888P88 888    Y888  "Y88888P"  
        W88W,        :8888:                                         
        W88W:        :8888:      88888b.   8888b.  88888b.   .d88b. 
        DGGD:        :8888:      888 "88b     "88b 888 "88b d88""88b
                     :8888:      888  888 .d888888 888  888 888  888
                     :W888:      888  888 888  888 888  888 Y88..88P
                     :8888:      888  888 "Y888888 888  888  "Y88P" 
                      E888i                                         
                      tW88D                Penyunting Teks          

Versi terkini: 1.0.9

Laman web GNU Nano: http://www.nano-editor.org

Fail terjemahan:
Fail MO: nano.mo
Fail PO: nano.po

Bagaimana memasang GNU Nano Bahasa Melayu?

  1. Muatturun GNU Nano versi terbaru dari laman web GNU Nano
  2. Muatturun fail terjemahan nano.mo dari laman web ini
  3. Pasang GNU Nano pada komputer anda.
  4. Pastikan sistem operasi Linux anda telah ditetapkan untuk menggunakan Bahasa Melayu. Bagaimana menetapkan Bahasa Melayu pada Linux?
  5. Log masuk komputer anda sebagai root
  6. Masuk ke direktori /usr/share/locale/ dengan menaip arahan
    $ cd /usr/share/locale/
  7. Jika wujud direktori bernama ms, teruskan ke langkah seterusnya. Jika tidak wujud direktori bernama ms, buat satu direktori bernama ms dengan menaip arahan
    $ mkdir ms
  8. Masuk ke direktori ms dengan menaip arahan
    $ cd ms
  9. Jika wujud direktori bernama LC_MESSAGES, teruskan ke langkah seterusnya. Jika tidak wujud direktori bernama LC_MESSAGES, buat satu direktori bernama LC_MESSAGES dengan menaip arahan
    $ mkdir LC_MESSAGES
  10. Masuk ke direktori LC_MESSAGES dengan menaip arahan
    $ cd LC_MESSAGES
  11. Salin fail terjemahan nano.mo yang telah anda muatturun ke dalam direktori ini
  12. Uji pemasangan anda dengan menjalankan program nano anda dengan menaip
    $ nano
  13. Sekiranya pemasangan berjalan lancar, perisian GNU Nano anda akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Menghadapi masalah pemasangan GNU Nano Bahasa Melayu? Hantarkan email kepada sharuzzaman@excite.com dan nyatakan masalah yang anda hadapi.

Komen dan maklumbalas di alu-alukan dan boleh dihantar ke alamat email diatas.

LAMAN UTAMA | EKPRESI | PERISIAN PERCUMA | ALTERNATIF | HAKIM CARI | GNU/LINUX | RENUNGAN | BUKU PELAWAT