Fungsi Tarikh Bahasa Melayu
VBScript/ASP

Fungsi Tarikh Bahasa Melayu menggunakan VBScript/ASP
Hakcipta (C) 2002 Sharuzzaman Ahmat Raslan sharuzzaman@excite.com
Fungsi ini dilesenkan dibawah GNU GPL versi ke-2

v0.1 (30 Mei 2002)

Pengenalan

Fungsi Tarikh Bahasa Melayu adalah fungsi yang diprogramkan menggunakan VBScript untuk menghasilkan tarikh dan hari didalam Bahasa Melayu. Fungsi ini boleh digunakan didalam laman web yang menggunakan VBScript sebagai bahasa pengaturcaraan dan juga didalam skrip ASP.

Fungsi ini akan menghasilkan pelbagai format hari dan tarikh, bergantung kepada cara fungsi tersebut dipanggil. Fungsi tarikh tersebut boleh dipanggil dengan menggunakan arahan

tarikh(n)
dimana n adalah integer dari 0 hingga 9. Contoh format tarikh tersebut adalah:
Arahan		Format
------		------

tarikh(0)	Rabu

tarikh(1)	29/5/2002

tarikh(2)	29/5/02

tarikh(3)	29 Mei 2002

tarikh(4)	Rabu 29 Mei 2002

tarikh(5)	Rabu 29/5/2002

tarikh(6)	Rabu, 29 Mei 2002

tarikh(7)	Rabu, 29/5/2002

tarikh(8)	Rabu 29/5/02

tarikh(9)	Rabu, 29/5/02

Lesen dan muatturun

Fungsi Tarikh Bahasa Melayu menggunakan VBScript/ASP
Hakcipta (C) 2002 Sharuzzaman Ahmat Raslan sharuzzaman@excite.com

Program ini adalah perisian bebas; anda boleh mengedarkannya dan/atau mengubahsuainya dibawah syarat-syarat oleh GNU General Public Licence seperti yang diterbitkan oleh Free Software Foundation; sama ada versi ke-2 Lesen tersebut, atau (atas pilihan anda) sebarang versi selepasnya.

Program ini diedarkan dengan harapan yang ia akan menjadi berguna, tetapi TANPA SEBARANG JAMINAN; termasuk juga jaminan KEBOLEHDAGANGAN atau KESESUAIAN UNTUK SESUATU TUJUAN KHUSUS. Lihat GNU General Public License untuk maklumat terperinci.

VersiDiterbitkanSaizFail
0.130 Mei 20029.24KBtarikh-01.zip

Sumbangan kod dan laporan pepijat

Format yang diprogramkan amat terhad dan mungkin mengandungi pepijat yang tidak diketahui oleh saya buat masa ini. Jika anda berminat untuk membantu meningkatkan fungsi ini, sila buat perubahan kepada kod sumber didalam fail tarikh.asp dan sertakan komen yang jelas bagi setiap perubahan yang dibuat. Sertakan juga nama dan alamat email anda supaya saya boleh memasukkan nama anda didalam senarai penyumbang.

Hubungi saya

Sebarang persoalan, komen dan sumbangan boleh dihantar melalui email kepada sharuzzaman@excite.com

LAMAN UTAMA | EKPRESI | PERISIAN PERCUMA | ALTERNATIF | HAKIM CARI | GNU/LINUX | RENUNGAN | BUKU PELAWAT